Home

LATAR BELAKANG

Wujud di atas kesedaran membantu golongan yang kurang bernasib baik di kalangan masyarakat, penubuhan Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Darul ‘Izzah diilhamkan oleh Ustaz Haji Idris Omar pada pertengahan tahun 1996.

Objektif utama Darul ‘Izzah adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim/miskin dan warga emas.

VISI DAN HARAPAN

Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat pemurah dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti  anak-anak yatim dan warga emas.

Di sini Darul ‘Izzah berperanan menjadi penghubung (bridging) di antara masyarakat dan dua golongan ini.  Kami beriltizam menjaga kebajikan golongan ini agar mereka mendapat perhatian dan pembelaan setimpal.

Kami menyediakan kemudahan penginapan yang sebaik mungkin kepada para pelajar dan memberikan bimbingan serta pendidikan akademik dan agama.  Sumbangan dari orang ramai yang berterusan akan digunakan untuk belanja operasi dan penambah baikan kemudahan serta fasiliti Darul ‘Izzah.

Slideshow
Gallery
picture-002 duit-raya-untuk-anak-anak-yatim images4 images3
Darul Izzah
Alamat :
6441, Jalan Makmur,
Kg. Teras Jernang 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.

Tel/Faks:
+603 8925 7263